Mahkamah gugurkan kes babitkan Rohingya

Estimate Reading Time: < 1 minute

PATHEIN: Kes terhadap sekumpulan Muslim Rohingya yang ditahan selepas melarikan diri dari negeri Rakhine di Myanmar sudah digugurkan berikutan kebimbangan terhadap kemungkinan wabak COVID-19 menular di penjara yang penuh sesak di negara itu.

-Advertisement-

Tindakan keras tentera pada tahun 2017 memaksa kira-kira 750,000 Rohingya melarikan diri ke Bangladesh dan menetap di kem pelarian, manakala yang masih menetap di Rakhine hidup di bawah sekatan tanpa boleh bergerak bebas, akses yang sedikit untuk pendidikan dan kesihatan.

Namun, beberapa bulan lalu, ratusan orang ditangkap dan ditahan di penjara dengan tuduhan melanggar undang-undang imigresen yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun.

Semalam, mahkamah menggugurkan kes terhadap dua kumpulan besar Rohingya yang ditahan iaitu sejumlah 128 orang termasuk kanak-kanak, dan disahkan sebanyak empat buah bas membawa Rohingya meninggalkan penjara Pathein awal pagi ini.

-Advertisement-

Difahamkan juga, kira-kira 250 tahanan Rohingya akan dibebaskan dan dihantar pulang ke Rakhine pada Sabtu ini, menurut aktivis Rohingya kepada AFP.

Minggu depan adalah Tahun Baru Myanmar, namun tidak diketahui sama ada presiden ingin memberi pengampunan kepada banduan atau tidak.

Dalam keadaan COVID-19 yang semakin tersebar, penghuni yang kurang berisiko mungkin akan dibebaskan memandangkan keadaan penjara yang terlalu padat dan tidak bersih.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memberi amaran bahawa jumlah banduan di penjara boleh terdedah kepada pandemik. – AFP

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share