“PKP mungkin akan dilanjutkan hingga 21 April”- sumber

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA, (The Capital Post) – Kerajaan mungkin akan melanjutkan perintah kawalan pergerakan (PKP), yang sepatutnya berakhir pada 14 April ini, sehingga 21 April. Pengumuman perlanjutan ini akan diumumkan oleh Perdana Menteri dibuat esok, 10 April lapor portal berita Focus Malaysia lewat petang ini.

-Advertisement-

“Desas – desus mengatakan bahawa Jabatan Kastam telah diberitahu bahawa PKP kemungkinan akan dilanjutkan hingga 21 April,” kata seorang sumber kepada portal berita tersebut.

-Advertisement-

Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata baru-baru ini walaupun fasa kedua MCO akan berakhir dalam masa beberapa hari, kerajaan belum memutuskan sama ada perlu melanjutkan atau tidak.

Fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang bermula pada 18 Mac sehingga 31 Mac, diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan dilanjutkan lagi sehingga 14 April berikutan negara masih merekodkan jumlah kes yang tinggi dalam tempoh ini. – The Capital Post

Share this Article
  • 6
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    6
    Shares