Pesara jadi korban ke-3 Covid-19 di Sabah

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan kematian ke-3 Covid-19 hari ini, selepas seorang penjawat awam bersara meninggal dunia akibat virus itu di Hospital Queen Elizabeth di sini, pagi tadi.

-Advertisement-

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Frankie Poon memberitahu FMT, lelaki dalam lingkungan 60-an itu bergantung kepada bantuan pernafasan sebelum ini.

Difahamkan, warga emas itu turut menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling pada akhir Februari lalu.

-Advertisement-

Korban pertama Sabah ialah lelaki berusia 58 tahun di Tawau yang turut menyertai perhimpunan tabligh itu, manakala kematian ke-2 ialah seorang lelaki dari pedalaman Tambunan yang pernah ke Semenanjung Malaysia.

Semalam, Pengarah Kesihatan Sabah, Dr Christina Rundi dilaporkan berkata, kes positif di negeri itu kekal pada 248 orang.

Tetapi, beliau memberi amaran ia bukan gambaran sebenar keadaan kerana terdapat tunggakan lebih 4,000 sampel ujian virus.

-FMT

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share