Timbalan Ketua Pemuda PAS dilantik sebagai Pengerusi PTPK

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, (The Capital Post) – Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Ahmad Fadli Shaari dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) baharu pada 8 April 2020 sekaligus menggantikan Puan K Saraswathy yang dilantik oleh YB Kula Segaran bekas Menteri Sumber Manusia.

-Advertisement-

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran atau PTPK dalam di laman Facebook rasmi mereka mengucapkan tahniah atas lantikan tersebut selain memaklumkan pelantikan Ahmad Fadli telah berkuat kuasa sejak 8 April 2020.

-Advertisement-

“Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada YB Tuan Ahmad Fadhli di atas pelantikan sebagai pengerusi lembaga PTPK berkuat kuasa 8 April 2020,” menurut laman media sosial rasmi PTPK

Ahli Parlimen tersebut yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS akan memacu PTPK yang merupakan salah sebuah badan berkanun bawah Kementerian Sumber Manusia. Timbalan Presiden MIC yang juga Ahli Parlimen Tapah merupakan Menteri Sumber Manusia dibawah pentadbiran Tan Sri Muhiyiddin Yassin. – The Capital Post

Share this Article
  • 13
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    13
    Shares