COVID-19: Bekas ketua pemimpin agama Israel meninggal dunia

Estimate Reading Time: < 1 minute

BAITULMAQDIS: Bekas ketua pemimpin agama Israel, Eliahou Bakshi-Doron, 79, meninggal dunia akibat wabak COVID-19, semalam, menurut Hospital Shaare Tzedek, di sini.

-Advertisement-

Bakshi-Doron yang dilahirkan di Baitulmaqdis pada 1941, merupakan ketua pemimpin agama Sephardic di Israel antara 1993 hingga 2003.

-Advertisement-

Beliau adalah ketua pemimpin agama di bandar pelabuhan utara, Haifa, selama 18 tahun sebelum dipilih sebagai ketua pemimpin agama Israel.

Beliau menemui Pope John Paul II pada 2000 ketika ketua gereja itu melawat Israel, sekali gus mencetuskan kritikan daripada sesetengah pemimpin agama ultraortodoks, di samping meningkatkan hubungan dengan pemimpin Islam dan Kristian.

Menurut pihak hospital dalam satu kenyataan, Bakshi-Doron dimasukkan ke wad beberapa hari lalu, namun keadaan sedia ada beliau menyebabkan kesihatannya terus merosot. – AFP

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share