Kedai gunting rambut, salun tak dibenar beroperasi

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memutuskan kedai gunting rambut, salun kecantikan dan kedai cermin mata tidak dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

-Advertisement-

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pakar, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

-Advertisement-

Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengeluarkan senarai tujuh sektor perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi bagi fasa tiga PKP bermula 15 April ini, antaranya kedai gunting rambut dan kedai cermin mata.

Pengumuman itu bagaimanapun menimbulkan perdebatan berikutan kebimbangan orang ramai mengenai kemungkinan wujud kluster baharu jangkitan COVID-19 di Malaysia di premis perniagaan berkenaan.

Semalam, majoriti pengusaha kedai gunting rambut, dilaporkan sanggup menanggung kerugian dengan menutup kedai, berbanding menjalankan operasi dan berdepan risiko penularan jangkitan COVID-19 ketika PKP fasa ketiga berkuat kuasa sehingga 28 April ini.

-BH

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares