32 maut puting beliung melanda Selatan Amerika Syarikat

Estimate Reading Time: < 1 minute

WASHINGTON: Puting beliung yang melanda Selatan Amerika Syarikat mengakibatkan sekurang-kurangnya 32 kematian dan menyebabkan beberapa bangunan terputus bekalan elektrik.

-Advertisement-

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan negara itu turut mengeluarkan amaran tahap tinggi selepas puting beliung dilaporkan bergerak daripada Texas ke Georgia.

Imej kemusnahan akibat bencana alam itu turut menunjukkan kesan runtuhan bangunan yang teruk di beberapa kawasan.

Menurut Datuk Bandar Monroe, Jamie Mayo, dalam ciapan di akaun Twitter miliknya, berkata laporan awal menunjukkan setakat ini hanya berlaku beberapa kecederaan kecil.

-Advertisement-

Bagaimanapun, menurut agensi pengurusan kecemasan daerah, sekurang-kurangnya 11 terbunuh di Mississippi.

Sementara itu, Presiden AS, Donald Trump mengucapkan takziah kepada rakyatnya yang berada di kawasan terjejas.

“Pihak pentadbiran akan melakukan segala yang mungkin untuk membantu komuniti kembali pulih daripada bencana,”katanya yang berjanji Kesatuan Pengurusan Kecemasan sudah menghulurkan bantuan.Dilaporkan lebih 1.3 juta terputus bekalan elektrik dan daerah Mississippi dan Louisiana diisytiharkan darurat.

Gabenor Louisiana, John Bel Edwards, berkata kerosakan yang dialami sangat teruk. Manakala Gabenor Mississippi, Tate Reeves, dalam ciapan di akaun Twitter miliknya, mengisytiharkan keadaan darurat bagi melindungi kesihatan dan keselamatan penduduk,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai untuk menutup mulut dan hidung serta mengamalkan jarak sosial bagi mencegah penularan wabak COVID-19. – AFP.

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share