Ekonomi berbasikal musnah tanpa Tour de France

Estimate Reading Time: < 1 minute

PARIS: Tour de France bukan hanya monumen Perancis malah sumber utama ekonomi sukan berbasikal itu sendiri dan penganalisis bimbang kesan akibat krisis coronavirus yang memaksa ia dibatalkan.

-Advertisement-

Satu pengumuman dijangka akan dibuat minggu ini sama ada menangguhkan atau membatalkan perlumbaan selama 21 hari yang sebelum ini dijadualkan akan bermula di Nice pada 27 Jun.

Perlumbaan “Grande Boucle”, seperti dikenali di Perancis, adalah tiang utama ekonomi yang memberi sokongan terhadap 22 pasukan profesional bagi musim 2020.

“Pembatalan membuka ruang untuk kehancuran ekonomi dalam sektor berbasikal,” kata Jean-Francois Mignot daripada Pusat Kajian Saintifik Kebangsaan Perancis yang menulis buku “A History of the Tour de France.”

-Advertisement-

Mengekalkan tarikh asal tampak mustahil berikutan pengumuman Presiden Perancis, Emmanuel Macron Isnin lalu bahawa acara umum dengan kepadatan tinggi akan dibatalkan hingga sekurang-kurangnya pertengahan Julai.

Perancis berada dalam perintah berkurung sejak 17 Mac dan hampir 15,000 mati akibat pandemik itu.

Biasanya kira-kira 12 juta peminat akan melihat perlumbaan itu dari tepi jalan ketika Tour berlangsung sepanjang laluan di pedalaman dan bandar dekat Perancis selama tiga minggu pada musim panas.

“Ia semudah ini. Jika Tour tidak berlangsung, pasukan boleh hilang, pelumba dan kakitangan tidak akan lagi bekerja,” kata Marc Madiot, ketua pasukan utama Perancis, Groupama-FDJ. – AFP

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares