Mufti saran kerajaan tangguh cuti Aidilfitri

Estimate Reading Time: < 1 minute

GEORGE TOWN: Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor mencadangkan kerajaan mempertimbangkan penangguhan cuti Hari Raya bagi mengelakkan rakyat berpusu-pusu pulang ke kampung untuk meraikan perayaan itu.

-Advertisement-

Katanya, anjakan cuti rasmi Hari Raya ke tarikh lain boleh diterima dalam Islam, khasnya ketika negara berusaha membendung penularan Covid-19.

Cuti umum Hari Raya mungkin jatuh pada 24 hingga 26 Mei ini, dengan cuti di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu ialah 24 dan 25 Mei.

“Anjakan cuti untuk berlebaran dengan alasan yang munasabah, terutama untuk mengelak orang ramai berkerumun atau berkumpul di satu-satu tempat adalah diharuskan di dalam Islam.

Wan Salim Wan Mohd Noor

-Advertisement-

“Lebih-lebih lagi jika ini dilakukan untuk menghindari penularan wabak yang boleh mengancam nyawa manusia.

“Kerajaan berhak mengadakan apa jua peraturan atau mengeluarkan apa jua arahan untuk kepentingan rakyat, termasuk mengubah tarikh cuti hari kebesaran agama seperti Hari Raya Aidilfitri dan sebagainya,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, Wan Salim berkata, mengubah cuti Hari Raya ke tarikh lain tidak bermakna umat Islam tidak boleh meraikan bulan Syawal sendiri atau bersama individu yang sedang menjalani kuarantin dengan mereka.

“Tiada rumah terbuka, tiada solat sunat Hari Raya dan tiada ziarah-menziarahi antara adik-beradik, rakan dan kenalan. Solat sunat Hari Raya boleh dikerjakan di rumah bersama ahli keluarga.”

Indonesia yang mempunyai umat Islam teramai di dunia, mengumumkan cuti Hari Raya ditangguh ke 28 hingga 31 Disember ini, berbanding 26 hingga 29 Mei bagi mengelakkan orang ramai mudik atau balik kampung. -FMT

Share this Article
  • 6
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    6
    Shares