KKM akan nasihat jika PKP dilanjut hingga Jun, kata Ismail

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kerajaan akan melanjutkan tempoh Perintahan Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga Jun sekiranya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati berbuat demikian.

-Advertisement-

Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador bahawa PKP kemungkinan besar akan diteruskan sehingga Jun jika sikap rakyat yang masih berdegil sehingga menyebabkan kes Covif-19 bertambah.

“Ia pandangan beliau (Hamid), apa juga keputusan nanti sambung atau tidak, ia tertakluk kepada nasihat KKM,” katanya ketika sidang media selepas mesyuarat khas di Perdana Putra.

-Advertisement-

PKP fasa 3 bermula hari ini dan ia adalah tempoh penting dalam usaha negara menghapuskan wabak Covid-19.

Ismail turut mengulas sekatan yang dikenakan ke atas pihak media walaupun mempunyai surat, katanya, perkara itu akan diselesaikan.

“Kita akan bantu media selesaikan, perkara seperti itu, saya yakin majoriti media tidak ada masalah, tapi mungkin ada kes-kes tertentu, jadi kita akan bincang dengan polis supaya selesaikan kes ini,” katanya. -FMT

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares