Pembelian panik makin reda – Ismail Sabri

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Skim Harga Maksimum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini akan terus berkuatkuasa walaupun ‘trend’ pembelian panik dalam kalangan rakyat dilihat semakin reda.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata harga 12 barang keperluan harian seperti ayam, telur ayam, minyak masak, tepung gandum, tomato, kubis dan ikan kembung akan terus dipantau.

-Advertisement-

“Penguatkuasa KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) sudah membuat pemantaun harian di 1,068 pemeriksaan premis peniagaan,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya yang disiarkan secara langsung, hari ini.

-Advertisement-

Beliau berkata, pemantauan harian berkenaan membabitkan 775 premis peruncit, pemborong (262) dan pengilang (31).

Skim Harga Maksimum PKP bermula hari ini sehingga 28 April bagi memastikan harga 12 barangan keperluan harian, antaranya ayam, telur ayam, minyak masak, tepung gandum, tomato, kubis dan ikan kembung, dapat dikawal sepanjang tempoh perintah berkenaan.

Pada masa sama, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan terus memantau bekalan dan harga 25 barang keperluan harian sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa.

Barangan dipantau termasuk makanan kering seperti gula, minyak masak, beras dan roti putih, manakala barang segar seperti ayam, sayur, telur, bawang dan susu segar, selain produk kebersihan dan kesihatan seperti cecair pembasmi kuman dan pembersih tangan, topeng muka, tisu tandas, lampin bayi dan dewasa. -BH

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares