UNICEF gesa pantau risiko kanak-kanak guna internet

Estimate Reading Time: < 1 minute

WASHINGTON: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa kerajaan, ibu bapa dan syarikat teknologi memantau penggunaan internet dalam kalangan kanak-kanak.

-Advertisement-

Perintah berkurung yang dilaksanakan kebanyakan negara memaksa berjuta kanak-kanak dan remaja meluangkan lebih masa menggunakan landasan virtual.

Bagaimanapun, pada masa sama ia mendedahkan mereka kepada bahaya secara dalam talian.

Semua pihak memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan dan pendidikan kanak-kanak secara atas talian.

Menurut Pengarah Eksekutif, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Henrietta Fore, COVID-19 menyebabkan kehidupan ribuan kanak-kanak kini hanya tertumpu di rumah dan di hadapan skrin.

-Advertisement-

“Kita perlu membantu mereka untuk mengemudi realiti baharu ini,” katanya dalam satu kenyataan bersama PBB, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, UNICEF dan rakan kongsinya, menggesa kerajaan antarabangsa untuk meningkatkan perkhidmatan perlindungan kanak-kanak dan memastikan ia dibuka sepanjang krisis COVID-19.

Industri teknologi maklumat, termasuk sosial media turut digesa untuk mempertingkatkan keselamatan platform dalam talian.

Ibu bapa disaran untuk memastikan anak-anak mereka mengakses sumber yang selamat ketika berada di atas talian.

Setakat ini, lebih 1.5 bilion kanak-kanak dan remaja terjejas akibat penutupan sekolah di seluruh dunia dan memaksa mereka mengikuti kelas dan bersosial secara atas talian.

Menghabiskan lebih masa secara atas talian mendedahkan mereka kepada eksploitasi seksual. – BERNAMA

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share