UPSR, PT3 Sesi 2020 dibatalkan, SPM dan STPM ditunda ke 2021 – Menteri

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 15 April 2020 (The Capital Post) – Menteri Kanan, dan Menteri Pendidikan YB Dr Radzi Jidin hari ini mengumumkan penangguhan peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia  Vokasional (SPMV), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ke suku tahun pertama tahun 2021.

Manakala Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2020 telah dibatalkan. Menteri Pendidikan juga memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan akan memaklumkan 2 minggu lebih awal  bagi membolehkan ibubapa menyediakan keperluan anak mereka ke sekolah. Berita penuh akan menyusul. The Capital Post

-Advertisement-

-Advertisement-

Share this Article
  • 14
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    14
    Shares