1,818 ditahan ingkar PKP di Johor

Estimate Reading Time: < 1 minute

JOHOR BAHRU: Seramai 1,818 individu sudah ditahan susulan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19, sejak 18 Mac hingga semalam.

-Advertisement-

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata semalam seramai 236 ditahan bagi kes ingkar PKP. Hingga kini, 998 individu sudah didakwa di mahkamah.

Semua tangkapan kesalahan berkenaan boleh disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 270 Kanun Keseksaan.

-Advertisement-

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

“Kesalahan juga boleh disiasat mengikut Peraturan (3) Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020,” katanya di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Hotline Polis Johor di talian 07-221 29 99 atau mana-mana balai polis berhampiran. -BH

Share this Article
  • 5
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    5
    Shares