Dr Noor Hisham antara 3 doktor terbaik dunia tangani Covid-19

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Rangkaian televisyen China Global TV Network (CGTN) menyenaraikan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah antara 3 doktor terbaik dunia dalam kalangan pegawai kesihatan awam yang mengendalikan Covid-19 bersama Dr Anthony Fauci dari Amerika Syarikat (AS) and Ashley Bloomfield dari New Zealand.

-Advertisement-

Dalam laman webnya kelmarin, CGTN memilih Hisham antara doktor terbaik di dunia kerana pendekatannya berterus terang dan tenang dalam mengendalikan Covid-19 di Malaysia.

Menurut CGTN, beberapa bulan lepas, tidak ramai yang mengenali Hisham, 56, dan 2 lagi tokoh terbabit, tetapi kini mereka menjadi sumber maklumat dan fakta paling “dipercayai” bagi pandemik itu di negara mereka.

-Advertisement-

“Setiap kali saya melihat Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, saya merasa yakin. Beliau menjadi tempat bergantung bagi ramai rakyat Malaysia,” menurut CGTN yang memetik wartawan portal tempatan sebagai berkata, sambil menambah Hisham juga “mempunyai wajah dipercayai”.

Menurut CGTN, Fauci, 79, merupakan pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit AS (NIAD), manakala Bloomfield, 54, ialah ketua pengarah kesihatan di New Zealand.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba turut mengucapkan tahniah kepada Hisham atas penghormatan yang diberikan itu.

Adham menerusi Facebooknya berkata: “Satu penghargaan dan penghormatan tinggi kepada bidang perubatan negara apabila Hisham diiktiraf China Global Television Network sebagai antara 3 doktor terbaik dunia menangani situasi Covid-19.” -FMT

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares