Polis, agensi penguat kuasa mungkin ditempatkan dalam LRT

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia menimbang menempatkan anggota polis dan agensi penguat kuasa dalam Transit Aliran Ringan (LRT) bagi memastikan pengguna lebih berdisiplin melakukan penjarakan sosial.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata walaupun ia berkaitan dengan sikap dan disiplin pengguna, ia tetap menyentuh soal keselamatan serta kesihatan pengguna lain.

-Advertisement-

“Sikap dan disiplin pengguna adalah penentu kepada amalan penjarakan sosial di kawasan awam termasuk menggunakan perkhidmatan LRT.

-Advertisement-

“Disiplin diri adalah tanggungjawab kita. Jika ada isu seperti itu di Transit Aliran Massa (MRT) atau LRT, perkara akan dibincang dengan PDRM sama ada perlu bersama agensi lain untuk kawal keadaan di LRT,,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat menteri mengenai PKP akibat penularan COVID-19 di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Beliau mengulas kebimbangan pengguna menerusi media sosial yang mengeluh tiada amalan penjarakan sosial dalam kalangan pengguna dalam LRT.

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share