COVID-19: Menteri Kesihatan Brazil dipecat

Estimate Reading Time: < 1 minute

BRAZIL: Menteri Kesihatan Brazil Luiz Henrique Mandetta berkata beliau dipecat oleh Presiden Jair Bolsonaro, setelah beberapa minggu berbalah mengenai tindak balas negara itu terhadap wabak COVID-19.

-Advertisement-

Mandetta membuat pengumuman itu di Twitter selepas pertemuannya dengan Bolsonaro di istana Presiden di ibu kota Brazil itu.

Hubungan mereka merosot sejak bermulanya penularan wabak itu.

Mandetta mempromosikan pengasingan sebagai alat untuk membendung penyebaran virus, manakala Bolsonaro menganggapnya suatu ancaman dan satu tindakan yang berlebihan.

Pengumuman mengenai pemecatan itu itu sudah dijangkakan sejak beberapa beberapa hari lalu, jika dilihat kepada jumlah pertikaian dan perbezaan pendapat ketara di antara kedua-dua mereka.

-Advertisement-

Sejurus selepas pengumuman itu, orang ramai di beberapa bandar memukul periuk dan kuali untuk memprotes pemecatan terbabit.

Menurut media Brazil, Ahli Onkologi, Nelson Teich adalah calon pilihan yang disebut-sebut untuk menggantikan Mandetta.

Teich, yang turut menyokong langkah pengasingan, disebut-sebut bakal dilantik Menteri Kesihatan ketika Bolsonaro pertama kali memegang jawatan, bagaimanapun bekas kapten tentera itu memilih Mandetta.

Brazil, negara terbesar di Amerika Selatan dengan jumlah penduduk 210 juta, mencatatkan hampir 2,000 kematian dan lebih daripada 30,000 kes jangkitan.

Pihak berkuasa meramalkan kemuncak wabak di Brazil akan berkaku pada akhir April atau awal Mei. – AFP

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share