COVID-19:Kota Kinabalu dikategorikan zon merah

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Zon merah penularan COVID-19 di negara ini sudah mencecah 28 kawasan dengan terbaharu di Kota Kinabalu mencatatkan 42 kes sehingga jam 12 tengah hari semalam.

-Advertisement-

Infografik yang dikeluarkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menunjukkan empat daerah di Sabah dan Sarawak dikategorikan sebagai zon merah dengan Kuching menjadi kawasan paling tinggi mencatatkan kes positif COVID-19 iaitu sebanyak 255 kes diikuti Tawau, Sabah sebanyak 79 kes, Kota Samarahan, Sarawak sebanyak 55 kes dan zon merah terbaharu di Kota Kinabalu.

Di Sabah dan Sarawak sebanyak 25 kawasan masih dikategorikan sebagai zon hijau kerana tidak mencatatkan sebarang kes positif COVID-19 iaitu 17 kawasan di Sarawak dan lapan lagi kawasan di Sabah.

Bagi kawasan Semenanjung pula terdapat tiga kawasan zon hijau iaitu Yan di Kedah, Macang di Kelantan dan Hulu Terengganu.

-Advertisement-

Menerusi infografik yang sama, di Semenanjung pula Lembah Pantai masih menjadi kawasan tertinggi mencatatkan kes positif COVID-19 iaitu sebanyak 599 kes diikuti Hulu Langat sebanyak 446 kes dan Petaling sebanyak 288 kes.

Selangor terus mencatatkan negeri paling banyak kes COVID-19 iaitu sebanyak 1,329 kes dan enam daerahnya kini sudah di kategorikan sebagai zon merah, manakala tiga lagi kawasan kini sudah dikategorikan sebagai zon jingga.

Sehingga kini, sebanyak 5,182 kes sudah dicatatkan dan daripada jumlah berkenaan sebanyak 2,766 kes atau 53.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes sudah sembuh dan dibenarkan pulang.

Setakat ini, sebanyak 84 kematian dicatatkan membabitkan pesakit COVID-19.

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share