Menteri Agama akan buat ketetapan cuti Aidilfitri

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan berbincang dan membuat ketetapan berhubung cuti Hari Raya Aidilfitri tahun ini, sama ada ditangguhkan atau sebaliknya.

-Advertisement-

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan menyerahkan perkara itu kepada menteri berkenaan untuk membuat keputusan.

“Semua akan diputuskan oleh Menteri Agama (Dr Zulkifli), (beliau) akan bincang (dengan pihak berkaitan) bukan sahaja dari segi cuti raya tetapi juga solat tarawih.

“Jadi kita tunggu dululah, kita puasa dahulu sebelum raya,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

-Advertisement-

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama kerajaan mempertimbang untuk menangguhkan cuti sambutan Aidilfiti tahun ini seperti mana yang telah diputuskan Indonesia.

Terdahulu, Indonesia yang mempunyai umat Islam teramai di dunia mengumumkan cuti Hari Raya ditangguh ke 28 hingga 31 Disember ini, berbanding 26 hingga 29 Mei bagi mengelakkan orang ramai mudik atau balik kampung.

Langkah itu diambil bagi mengatasi berlakunya penularan wabak koronavirus (Covid-19).

-Sinar Harian

Share this Article
  • 3
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    3
    Shares