1.7 tan bahan kimia tumpah

Estimate Reading Time: < 1 minute

MELAKA: Sebuah lori kontena yang membawa muatan bahan kimia jenis ‘resin’ terbalik mengakibatkan berlaku tumpahan cecair mudah terbakar di Jalan Sungai Udang-Batu 11 di sini, petang semalam.

-Advertisement-

Kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu dipercayai berpunca daripada pemandu yang gagal mengawal lori berkenaan ketika melalui satu selekoh sebelum terbalik.

Pakar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata, pemandu berusia 37 tahun yang mengalami cedera ringan berjaya dikeluarkan, namun insiden terbabit menyebabkan muatan cecair kimia mengalami kebocoran dan berlaku tumpahan.

Anggota bomba melakukan semburan buih bagi menstabilkan tumpahan bahan tersebut.
Menurutnya, tumpahan cecair berkenaan melimpah ke kawasan jalan raya hingga mengalir ke parit berhampiran.
Justeru katanya, bomba bertindak memantau aliran cecair daripada terus melimpah ke parit seterusnya ke Sungai Ayer Salak/Paya Luboh.“Pasukan Hazmat dari Alor Gajah tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian bagi mengawal pengaliran cecair itu dan membersihkan kawasan tumpahan.

 

-Advertisement-

“Dianggarkan sebanyak 1.7 tan cecair kimia risen tumpah menyebabkan pihak Hazmat melakukan semburan buih bagi menstabilkan tumpahan bahan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan terus memantau kawasan berkenaan bagi memastikan sungai berhampiran tidak tercemar dengan bahan kimia termasuk menggunakan beberapa kaedah seperti melakukan sekatan khas di parit untuk mengelak ia mengalir secara terus ke sungai memadangkan ia jenis bahan kimia yang terapung.

Difahamkan, kemalangan itu juga menyebabkan beberapa penduduk terpaksa mengosongkan kediaman sebagai langkah keselamatan kerana bahan kimia tersebut mudah terbakar.

-Sinar Harian

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares