Barcelona ‘sabotaj’ United

Estimate Reading Time: < 1 minute

LONDON: Barcelona secara tidak sengaja mendedahkan jersi ‘home’ Manchester United bagi saingan musim depan menerusi video di Youtube.

-Advertisement-

United menandatangani perjanjian dengan jenama sukan terkemuka, Adidas pada 2015 dengan kontrak bernilai 750 juta pound (RM4.08 bilion) bagi tempoh 10 tahun.

-Advertisement-

The Red Devils bagaimanapun belum mahu mendedahkan jersi musim baharu mereka tetapi Barcelona dilihat secara tidak sengaja melakukannya ketika perlawanan simulasi membabitkan kedua-dua kelab dalam permainan video ‘Pro Evolution Soccer’.

Ketika memuat naik video berkenaan, Barcelona termasuk Paul Pogba dilihat menggayakan jersi baharu United.

Biarpun video berkenaan sudah dipadamkan, namun peminat sempat membuat tangkap layar dan menyebarkannya di media sosial. – Agensi

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares