Pulangkan wang deposit peniaga bazar Ramadan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengarahkan penganjur bazar Ramadan supaya memulangkan semula wang deposit yang dibayar oleh peniaga susulan operasi perniagaan itu dilarang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

-Advertisement-

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan penganjur sama ada pihak berkuasa tempatan (PBT) atau pertubuhan perlu akur dengan arahan itu supaya tidak menyusahkan peniaga.

-Advertisement-

“Saya harap jangan ada sesiapa pun mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Mereka membayar deposit dengan harapan bazar Ramadan akan dibuka tahun ini.

“Akan tetapi apabila PKP dilaksanakan, kerajaan membuat keputusan bazar Ramadan tidak dibenarkan dibuka. Harap dapat pulangkan keseluruhan deposit bayaran yang dibuat peniaga,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, penganjur perlu mencontohi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bertindak memulangkan semua wang deposit yang dibayar peniaga sebelum ini.- BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share