Kerja pembinaan perlu diteruskan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Langkah membenarkan sebahagian daripada kerja-kerja pembinaan mula beroperasi adalah penting bagi meningkatkan aktiviti ekonomi negara.

-Advertisement-

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata penangguhan aktiviti pembinaan telah membawa kesan yang besar bukan sahaja kepada industri itu sendiri, malah industri lain yang berkaitan dengannya.

-Advertisement-

Namun begitu, tegasnya Kementerian Kerja Raya (KKR) memandang serius keperluan mengimbangi soal hidup dan kehidupan iaitu soal hidup dan kesihatan, serta soal menyara kehidupan.

“Biarpun sesetengah syarikat akan dibenarkan beroperasi, namun prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan perlu dipatuhi bagi melindungi pekerja industri pembinaan dan juga masyarakat umum daripada risiko penularan wabak COVID 19 ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share