Mahkamah Rayuan catat sejarah buat siaran langsung prosiding ‘online’

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan melakar sejarah apabila ia akan menjalankan perbicaraan rayuan sivil secara atas talian esok kerana bangunan mahkamah kekal terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada 18 Mac.

-Advertisement-

Dalam satu kenyataan, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan berkata ia membolehkan orang awam menyaksikan prosiding itu secara langsung bagi memastikan akses kepada keadilan dapat diteruskan.

Kenyataan itu menambah badan kehakiman melakukan prosiding secara atas talian sebagai langkah terbarunya mengadakan tayangan langsung pendengaran kes secara dalam talian.

Prosiding Mahkamah Rayuan akan bermula pada jam 10 pagi. Orang ramai boleh mengikuti tayangan langsung terbabit melalui portal rasmi badan kehakiman di www.kehakiman.gov.my.

-Advertisement-

Rayuan berkenaan membabitkan 3 pihak- Zhoa Fangliang, Jin Haifang dan Zhu Cunhua – terhadap Syarikat Pengangkutan Satu Hati Sdn Bhd.

Pentadbir mahkamah menjalankan siaran langsung prosiding sebelumnya dalam inkues Teoh Beng Hock untuk orang awam yang tidak dapat memasuki ruang mahkamah.

Sejak tahun lalu, bilik khas juga disediakan untuk pengamal media yang tidak mempunyai akses ke kamar mahkamah untuk mengikuti perbicaraan rasuah Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

-FMT

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share