COVID-19: Jumlah jangkitan 2.62 juta di seluruh dunia

Estimate Reading Time: < 1 minute

WASHINGTON: Jumlah jangkitan COVID-19 seluruh dunia mencecah 2.62 juta kes, setakat pagi ini.

-Advertisement-

Mengikut data dari John Hopkins University menunjukkan lebih 80,000 kes jangkitan dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Sepanyol menyertai Amerika Syarikat (AS) dalam kumpulan negara dengan kes positif COVID-19 mencecah sebanyak 200,000 kes.

Negara itu juga merekodkan peningkatan mendadak iaitu lebih 4,000 kes semalam. AS pula kekal menjadi negara paling teruk terjejas apabila merekodkan lebih 839,000 kes, iaitu peningkatan lebih 25,000 kes baharu akibat wabak pandemik itu.

-Advertisement-

Sementara itu, Itali dan Perancis sekarang masing-masing mencatatkan 187,000 kes dan 159,000 kes.

Jerman dan United Kingdom (UK) pula merekodkan kes jangkitan COVID-19 mencecah 100,000 kes apabila masing-masing mencatatkan 149,000 kes dan 134,000 kes baharu.

Di Turki, negara itu merekodkan 98,000 kes positif COVID-19 dan dijangkakan akan melepasi 100,000 kes dalam tempoh beberapa hari.

Setakat ini, jumlah keseluruhan pesakit pulih mencapai 706,000 kes di seluruh dunia.

– Agensi

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •