Tidak dibenarkan balik kampung sambut puasa

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: “Tiada sesiapa dibenarkan dari bandar pulang ke kampung bagi menyambut puasa,” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

-Advertisement-

Beliau menjelaskan pengumuman mengenai kebenaran pulang semula ke Kuala Lumpur dan bandar yang dibuat semalam, tidak berkuat kuasa secara automatik.

-Advertisement-

“Saya hendak perbetulkan di sini, apa yang diumumkan semalam, saya menyatakan hanya mereka yang terperangkap di kampung boleh berdaftar secara dalam talian atau di balai polis mulai 25 April ini untuk kembali semula ke bandar bukannya membenarkan orang ramai pulang ke kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di Putrajaya, hari ini. -BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share