COVID-19: KL, NS catat kenaikan kes positif mendadak

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kuala Lumpur terus mencatatkan pertambahan kes positif baharu COVID-19 secara mendadak iaitu sebanyak 29 kes sehingga 12 tengah hari semalam yang menjadikan jumlah keseluruhan kumulatif kes di wilayah berkenaan sebanyak 1,066 kes.

-Advertisement-

Selain Kuala Lumpur, turut mencatatkan pertambahan kes positif yang tinggi ialah Negeri Sembilan iaitu sebanyak 20 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan di negeri berkenaan sebanyak 431 kes.

Bagaimanapun, menerusi infografik yang dikeluarkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selangor masih kekal menjadi negeri mempunyai kes positif COVID-19 terbanyak dengan 1,369 kes dicatatkan selepas pertambahan 12 kes baharu, semalam.

Sementara itu, Johor mencatatkan tiga kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 651 kes, manakala Pahang, Terengganu dan Sabah pula masing-masing mencatatkan hanya satu kes.

-Advertisement-

Di Sarawak sebanyak empat kes baharu dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri itu sebanyak 459 kes.

Bagi negeri dan wilayah lain iaitu Putrajaya, Melaka, Perak, Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Kelantan dan Labuan pula tiada kes positif baharu dicatatkan.

Sehingga kini Malaysia sudah mencatatkan sebanyak 5,603 kes positif COVID-19 dan daripada jumlah berkenaan sebanyak 3,452 individu kini sudah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang.

Sehingga semalam Malaysia merekodkan 95 kes kematian atau 1.70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share