COVID-19: Sao Paulo lancar pelan darurat tapak perkuburan

Estimate Reading Time: < 1 minute

SAO PAULO: Datuk Bandar Sao Paulo semalam melancarkan pelan darurat untuk mewujudkan ribuan lagi tapak perkuburan berikutan bandar ini dijangka mencatat peningkatan kematian akibat wabak COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

-Advertisement-

“Kami tidak boleh mengalami situasi sama seperti yang terjadi di Guayaquil di Ecuador atau New York di Amerika Syarikat (AS),” kata Bruno Covas sambil merujuk kekurangan tempat menyimpan mayat.

Beliau berkata, sasaran ialah untuk menggali 13,000 kubur dan memperluas keupayaan operasi perkhidmatan pengebumian.

-Advertisement-

Sao Paulo mencatatkan hampir 1,000 kematian dalam tempoh sebulan akibat wabak berkenaan.

“Kemampuan hospital hanya 70 peratus, justeru kita mesti bersiap sedia menghadapi tempoh pandemik yang terburuk di bandar kita,” kata Covas.

Jumlah kakitangan di tanah perkuburan juga ditingkatkan daripada 240 orang sehari kepada 400 orang, selain pembelian 15,000 lagi beg mayat.

– BERNAMA

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share