Timbalan Menteri, EXCO Perak didenda RM1,000

Estimate Reading Time: < 1 minute

GERIK: Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi dan EXCO Perak, Razman Zakaria, masing-masing didenda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

-Advertisement-

Kedua-duanya mengaku salah atas tuduhan melanggar Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang berkuat kuasa mulai 15 April hingga 28 April.

Terdahulu, Dr Noor Azmi yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai, dan Razman yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, tiba di mahkamah pada jam 9.20 pagi.

-Advertisement-

Pada 18 April lalu, beberapa keping gambar Dr Noor Azmi, Razman dan beberapa individu menghadiri satu jamuan di Maahad Tahfiz Quran Lid Dakwah Wal Imamah di Lenggong, tular di media sosial.

Kawalan di sekitar mahkamah diperketat dengan kehadiran polis selain media yang mula tiba seawal 7 pagi bagi membuat liputan prosiding kes Dr Noor Azmi dan Razman.

-BH

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares