Seoul sedia kemudahan WiFi empat kali lebih pantas

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEOUL: Pihak berkuasa tempatan bandar raya Seoul akan memasang sistem WiFi empat kali lebih pantas berbanding biasa di kawasan tumpuan umum, lapor agensi berita Yonhap.

-Advertisement-

“WiFi 6, empat kali lebih pantas berbanding sistem WiFi biasa. Teknologi terbaru ini juga lebih selamat daripada penggodam dan penyadapan wayar,” kata perbandaran Seoul dalam satu siaran akhbar.

Pihak perbandaran menjangkakan sistem itu dapat menawarkan penduduk Seoul dan pengunjung di taman rekreasi, pasar awam, perhentian bas dan stesen kereta api bawah tanah, perkhidmatan internet yang lebih pantas.

-Advertisement-

Projek itu akan menjalani tempoh percubaan selama enam bulan sebelum penilaian dibuat dan melantik pembekal. Ia adalah sebahagian rancangan menjadikan Seoul ‘bandar pintar’.

Pada Oktober, perbandaran itu mengumumkan rancangannya memperluas kawasan yang mempunyai akses Wi-fi dan stesen pangkalan untuk teknologi Internet Benda menjelang 2022, membabitkan peruntukkan berjumlah 102.7 juta won (RM370 juta).

-BERNAMA

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares