Jerman benarkan solat Jumaat secara bersyarat

Estimate Reading Time: < 1 minute

BERLIN: Mahkamah Perlembagaan Jerman semalam membatalkan larangan bagi kegiatan keagamaan secara menyeluruh dalam tempoh krisis COVID-19.

-Advertisement-

Bagaimanapun, pengecualian itu diberikan sekiranya langkah pencegahan sewajarnya diambil bagi mengelakkan penularan jangkitan wabak itu.

Keputusan itu dibuat selepas rayuan sebuah pertubuhan Islam di negeri Lower Saxony bagi melaksanakan solat Jumaat sepanjang Ramadan, menurut satu kenyataan mahkamah.

Mahkamah memutuskan pengecualian akan diberikan sekiranya ‘terdapat jaminan tidak akan berlaku peningkatan risiko jangkitan’.

-Advertisement-

Antara saranan bagi mengelakkan masjid tidak terdedah kepada risiko jangkitan adalah dengan memastikan jemaah memakai topeng muka, selain dengan menandakan kawasan yang disediakan untuk melaksanakan solat.

Mahkamah turut memberitahu, kelonggaran bagi membenarkan solat Jumaat dilaksanakan adalah bagi menghormati kedatangan Ramadan, walaupun rumah ibadat bagi agama lain turut diberikan pengecualian sama.

Jerman sebelum ini melarang semua perhimpunan keagamaan sebagai langkah bagi memperlahankan penularan virus COVID-19 yang melanda negara itu sejak pertengahan Mac lalu.

Dalam perkembangan lain, Jerman turut mula melonggarkan perintah berkurung di negara itu sejak minggu lalu, antaranya dengan membenarkan kedai dengan saiz 800 meter persegi kembali beroperasi. – AFP

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share