Bangladesh hantar pelarian Rohingya ke pulau terpencil

Estimate Reading Time: < 1 minute

DHAKA: Bangladesh menghantar sekumpulan kecil pelarian Rohingya ke sebuah pulau terpencil di selatan negara itu, selepas mereka ditemukan terapung di laut sejak beberapa minggu, lapor agensi berita Anadolu.

-Advertisement-

“Sekumpulan 29 pelarian Rohingya dibawa ke pulau Bhasan Char pada Sabtu selepas diselamatkan pihak penguat kuasa Bangladesh di Teluk Bengal,” kata seorang pegawai Suruhanjaya Bantuan dan Penghantaran Pulang, yang enggan namanya disiarkan.

Ratusan lagi, dilaporkan masih hanyut di antara perairan Bangladesh dan Malaysia.

-Advertisement-

Memetik laporan United News Bangladesh, terdapat kira-kira 500 pelarian Rohingya berada dalam dua buah kapal, tetapi bukan atau berada dekat dengan sempadan maritim Bangladesh.

Menurut undang-undang laut, negara-negara lain di rantau itu bertanggungjawab untuk menyelamatkan mereka.

Menurut Amnesty International, lebih 750,000 pelarian Rohingya, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, melarikan diri dari Myanmar dan menyeberang ke Bangladesh.

– BERNAMA

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share