Kaji balik dari kampung guna kenderaan awam

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Polis sedang meneliti untuk membenarkan rakyat yang terkandas di kampung dan berhasrat pulang ke kediaman masing-masing menggunakan pengangkutan awam.

-Advertisement-

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata buat masa ini hanya kenderaan persendirian dibenarkan untuk perjalanan rentas negeri bagi tujuan itu.

“Kenderaan persendirian sudah ditetapkan, tetapi kenderaan (pengangkutan) awam, polis sedang membuat kajian secara terperinci jumlah kenderaan awam diperlukan kerana pergerakan antara negeri masih tidak dibenarkan.

“Oleh itu, pengangkutan awam seperti bas ekspres dan sebagainya belum ada lagi.

-Advertisement-

“Saya percaya polis sedang meneliti perkara ini dan bagaimana nak selesaikan isu ini supaya mereka boleh pulang guna pengangkutan awam,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Menjawab mengenai peserta Program Malaysia My Second Home (MM2H), Ismail Sabri berkata, mereka yang akan pulang ke negara ini suatu hari nanti akan tetap menjalani proses kuarantin wajib.

“Saya percaya mereka akan pulang (ke Malaysia) suatu hari nanti dan kepulangan mereka sama sahaja dengan rakyat negara kita iaitu mesti dikuarantin wajib selama 14 hari,” katanya.

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share