Pemotongan bil air tertunggak bermula 13 Mei

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEREMBAN: Bacaan bil air Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) bagi bulan ini dikeluarkan mengikut bacaan sebenar di tapak berbanding bil dua bulan lalu iaitu Mac dan April yang hanya dibaca secara anggaran.

-Advertisement-

Ketua Bahagian Perhubungan Awam SAINS, Norzita Ismail, berkata selaras dengan perkembangan itu, pemotongan bekalan air bagi setiap bil tertunggak akan dikuatkuasakan bermula 13 sehingga 22 Mei ini, dan akan dihentikan sementara semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Ia akan disambung semula pada 30 Mei. Oleh demikian, pengguna diseru supaya lebih bertanggungjawab terhadap pembayaran bil air bagi mengelakkan pemotongan.

“Pelbagai kaedah semakan dan pembayaran bil air disediakan untuk pelanggan selain hadir ke Kaunter Perkhidmat Pelanggan SAINS.

-Advertisement-

“Antaranya dengan membuat pembayaran bil air menggunakan kaedah yang lebih mudah dengan memuat turun Mobile Apps iSAINS atau pembayaran secara dalam talian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Norzita berkata SAINS akan memulakan operasi perkhidmatan secara menyeluruh hari ini dengan mengekalkan pembabitan tenaga kerja yang minima mengikut keperluan.

“SAINS akan memulakan waktu perkhidmatannya bermula pukul 8.00 pagi sehingga jam 4:30 petang manakala perkhidmatan bersama pelanggan akan bermula pada 9.00 pagi sehingga 4.00 petang sahaja.

“Pelanggan yang datang ke Kaunter Perkhidmatan Pelanggan untuk sebarang urusan diwajibkan memakai penutup hidung dan mulut,” katanya.– BERNAMA

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share