Rentas negeri bermula esok

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Orang ramai yang terkandas sebelum ini boleh kembali ke kediaman masing-masing dengan membuat perjalanan rentas negeri bermula esok.

-Advertisement-

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka bagaimanapun perlu membuat permohonan daripada PDRM menerusi aplikasi Gerak Malaysia.

-Advertisement-

“Menerusi ketetapan empat hari ini, esok dikhususkan untuk orang ramai yang terkandas di Kuala Lumpur untuk pulang ke kediaman mereka di negeri-negeri lain.

“Manakala Jumaat (8 Mei 2020) pula dikhususkan untuk pergerakan bagi mereka yang berada di Perak, Johor dan Kelantan menuju ke kediaman masing-masing,” katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

-Sinar Harian

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares