Ekonomi dunia dijangka lumpuh

Estimate Reading Time: 2 minutes

LONDON: Kesan pandemik COVID-19 melumpuhkan persekitaran ekonomi seluruh dunia sehingga bertukar suram.

-Advertisement-

Situasi itu memaksa pentadbir di Eropah, iaitu benua paling terjejas teruk susulan penularan COVID-19, melonggarkan perintah berkurung bagi membenarkan orang ramai kembali bekerja untuk menjana semua ekonomi.

Amerika Syarikat (AS) mengatakan bahawa 3.2 juta lagi orang mengemuka faedah pengangguran minggu lalu, sementara Jerman dan Perancis melaporkan defisit besar dalam pengeluaran industri, serta output ekonomi di Britain pula menjunam sebanyak 14 peratus tahun ini.

Seorang menteri di Brazil memberi amaran apabila Amerika Latin selaku blok ekonomi terbesar dan pusat benua wabak pandemik itu berisiko runtuh, jika langkah duduk di rumah tidak ditarik.

Seluruh dunia ketika ini berdepan tekanan besar dalam usaha mengurangkan kemerosotan ekonomi berpunca daripada langkah membendung penularan wabak berkenaan yang sudah membunuh 266,000 nyawa dan menjangkiti 3.8 juta orang, selain memaksa separuh penduduk hidup dalam perintah berkurung.

Di Eropah, banyak negara kini mula melonggarkan sekatan, dengan beberapa kedai dan sekolah dibuka kembali. Itali pula membenarkan gereja Katoliknya dibuka untuk acara agama dan Norway akan membuka semula pub pada 1 Jun depan.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump juga menekan supaya perintah berkurung ditarik balik dalam usahanya untuk mengembalikan ‘kekuasaan’ negara Uncle Sam itu sebagai kuasa ekonomi terbesar, menjelang pilihan raya bermula pada November depan.

Bagaimanapun, pakar memberi amaran supaya mengekalkan penjarakan sosial sehingga vaksin berjaya dibangunkan dan kerajaan memberi tumpuan sepenuhnya bagi memastikan tidak berlaku gelombang kedua jangkitan.

Britain semalam akan meneliti perintah berkurung di negara itu apabila Perdana Menterinya, Boris Johnson dijangka akan membentangkan pelan untuk melonggarkan sekatan pada Ahad.

Antara negara yang mula melonggarkan sekatan ialah Jerman selaku blok ekonomi terbesar Eropah. Perancis akan bermula pada Isnin depan setelah berkurung sejak pertengahan Mac lagi.

-Advertisement-

Bagaimanapun, Perdana Menteri Perancis, Edouard Phillippe, berkata empat wilayah termasuk Paris akan menyaksikan kelonggaran terhad, berikutan kes jangkitan di negara itu kekal tinggi.

Pakar ekonomi turut memberi amaran untuk beberapa minggu apabila pandemik berkenaan akan mendorong kemerosotan teruk ekonomi, sejak peristiwa ‘Great Depression’ pada 1930-an dan data bahawa mendedahkan kemelesetan ekonomi bakal berlanjutan.

Di luar angka pengangguran AS, Jerman mengatakan pengeluaran perindustriannya turun 9.2 peratus bulan ke bulan pada Mac, sementara di Perancis merosot 16,2 peratus.

Di Brazil, Menteri Ekonominya, Paulo Guedes, berkata negara berkenaan bakal bermula berdepan kekurangan bekalan makana sebulan lagi dan pengeluarannya mungkin akan tidak tersusun, sehingga mendorong sistem ekonomi untuk runtuh susulan kecelaruan sosial.

Brazil terjejas teruk gara-gara pandemik COVID-19 dengan merekodkan lebih 135,000 kes jangkitan dan 9,146 kematian.

Sebanyak 16,000 kematian di Amerika Latin, Brazil menyumbangkan lebih separuh kes maut di benua itu.

Sektor penerbangan dan pengembaraan seluruh dunia lumpuh apabila tidak terkecuali terkena tempias gara-gara wabak pandemik itu. Langkah penjarakan sosial turut memberi kesan terhadap operasian sektor berkenaan.

Menurut Pertubuhan Pelancongan Dunia, jumlah ketibaan pelancong antarabangsa akan menjunam sehingga 60 ke 80 peratus pada 2020, akibat pandemik COVID-19.

Operasi kapal persiaran juga ditutup kerana wabak pandemik dan sedang bergelut untuk menghantar pulang puluhan ribu anak kapal yang terkandas di atas kapal di laut.

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share