Empat sekeluarga cedera rumah terbakar

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA KANGSAR: Empat sekeluarga cedera selepas rumah dihuni mereka dijilat api dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Jalan Dato Sagor berhampiran Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tsung Wah, di sini, awal pagi tadi.

-Advertisement-

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, berkata kebakaran jam 2.53 pagi itu turut membabitkan sebuah rumah didiami seorang anggota bomba bersama isterinya.

“Insiden itu mengakibatkan rumah didiami empat sekeluarga itu 90 peratus musnah dijilat api manakala rumah dihuni anggota bomba berkenaan hanya 20 peratus terbakar yang membabitkan bahagian bumbung serta syiling.

ANGGOTA bomba memadam kebakaran membabitkan dua rumah di Jalan Dato Sagor berhampiran Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tsung Wah, Kuala Kangsar, awal pagi tadi. - Foto ihsan JBPM
ANGGOTA bomba memadam kebakaran membabitkan dua rumah di Jalan Dato Sagor berhampiran Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tsung Wah, Kuala Kangsar, awal pagi tadi. – Foto ihsan JBPM

-Advertisement-

“Empat sekeluarga cedera iaitu seorang lelaki berusia 52 tahun, ibunya, 72 tahun, serta dua anak lelakinya yang masing-masing berusia enam dan 14 tahun. Mangsa melecur sehingga sembilan peratus bahagian badan. Sementara itu, anggota bomba terbabit dan isterinya tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, anggota dari BBP Kuala Kangsar dengan bantuan BBP Sungai Siput dikejarkan ke lokasi kejadian dan kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya jam 4.00 pagi.

Beliau berkata, kesemua mangsa yang tercedera dihantar ke Hospital Kuala Kangsar menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebuah kereta jenis PROTON Wira yang terdapat di rumah didiami empat sekeluarga itu turut musnah 70 peratus,” katanya.
-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share