La Liga disambung 20 Jun

Estimate Reading Time: < 1 minute

MADRID: Jurulatih Leganes, Javier Aguirre berkata hari ini bahawa La Liga Sepanyol akan bersambung pada 20 Jun dan tamat 26 Julai walaupun bos liga berkenaan enggan mengesahkannya.

-Advertisement-

Aguirre memberitahu Marca Claro bahawa dia diberitahu secara rasmi perancangan untuk menyambung kejuaraan itu yang tergendala sejak Mac kerana COVID-19.

“Kami sudah ada tarikh mula liga – pada 20 Jun kami akan memulakan La Liga dan selepas lima minggu kami secara rasmi akan tamat pada 26 Julai,” kata pengendali dari Mexico itu dengan pasukannya di kedudukan kedua terbawah apabila liga ditangguhkan dua bulan lalu.

-Advertisement-

“Perlawanan akan dilangsungkan pada Sabtu-Ahad dan Rabu-Khamis, 11 pusingan.

“La Liga sudah memaklumkan secara rasmi kepada saya dan saya amat gembira kerana kini kami boleh menjadualkan sesi latihan. Kami akan bermula esok kerana kami sudah melepasi ujian.”

Pegawai liga masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan Aguirre sambil menjelaskan fokus mereka ialah melengkapkan fasa latihan di kelab. – AFP

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share