Pemergian Ismail Kamus kehilangan besar dunia dakwah

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pemergian pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Ismail Kamus sebagai satu kehilangan besar kepada dunia dakwah di negara ini.

-Advertisement-

Menzahirkan kesedihan atas pemergian Allahyarham, Perdana Menteri berkata tokoh agama itu adalah seorang pemimpin yang banyak menyumbang kepada negara melalui kerja-kerja dakwah yang dilakukan sepanjang hayatnya.

“Saya berasa amat sedih mendapat berita Tuan Guru Ustaz Datuk Haji Ismail Bin Haji Kamus telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.

“Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada dunia dakwah di negara ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Muhyiddin turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan supaya rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.

-Advertisement-

Pendakwah terkenal dan Pengasas Persatuan Perubatan Islam DarusSalam Malaysia itu meninggal dunia di kediamannya di Ampang, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Berita pemergian tokoh ternama itu disahkan menerusi Facebook rasmi pendakwah berkenaan.

Allahyarham berusia 72 tahun sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung dan strok ringan, serta jangkitan kuman di paru-paru.

Allahyarham yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia selama sepenggal dari 1999 hingga 2004, pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

-BERNAMA

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share