“Speaker Jangan terikut Sandiwara Politik Pembangkang” – Naib Presiden MIC

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 8 Mei 2020 (The Capital Post) – Naib Presiden MIC Dato Sivaraajh Chandran menasihatkan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff yang telah menerima satu usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri untuk tidak terikut dengan sandiwara politik yang dibawa oleh ahli parlimen pembangkang.

-Advertisement-

Bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands tersebut juga mengingatkan Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff akan peristiwa menghalau keluar bekas Ahli Parlimen tersebut dari dewan rakyat berikutan daripada desakan ahli parlimen Pakatan Harapan walaupun Dato Sivarrajh masih Ahli Parlimen yang sah mengikut perlembagaan dan diterima masuk kedalam dewan selepas beberapa hari daripada insiden tersebut.

-Advertisement-

“Saya yakin sebahagian besar rakyat berharap persidangan Dewan Rakyat kali ini akan memberi keutamaan kepada agenda rakyat dan bukannya politik partisan yang tak berkesudahan. Oleh yang sedemikian, YB Speaker sepatutnya memberi keutamaan kepada urusan kerajaan dalam Dewan Rakyat untuk memastikan kelangsungan agenda rakyat dalam pentadbiran negara.” ujur naib presiden MIC tersebut.

Dato Sivaraajh berkata Speaker perlu lebih tegas terhadap Ahli – Ahli Parlimen yang menganggu urusan kerajaan terutamanya dalam keadaan yang sangat tidak menentu seperti sekarang dan tidak terikut – ikut dengan permainan Ahli Parlimen Pembangkang yang boleh menyebabkan urusan kerajaan terjejas dalam menyampaikan kepentingan rakyat. – The Capital Post

Share this Article
  • 73
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    73
    Shares