Sifar kemalangan sepanjang Gerak Malaysia

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Tiada kemalangan jalan raya dilaporkan berkaitan pergerakan rentas negeri sepanjang dilaksanakan 7 hingga 10 Mei lalu, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

-Advertisement-

Beliau berkata, pergerakan rentas negeri melalui program Gerak Malaysia bagi mereka yang terkandas di kampung itu berjalan dengan lancar.

Katanya, sebanyak 401,253 permohonan telah diluluskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh 3 hingga 10 Mei lalu.

-Advertisement-

“Aliran pergerakan menunjukkan 36,951 kenderaan bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke negeri-negeri lain pada hari pertama pergerakan rentas negeri dibenarkan 7 Mei lalu,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas harian menteri mengenai pelaksanaan PKPB di Putrajaya , hari ini.

Bagi pergerakan dari Johor, Kelantan dan Perak pada 8 Mei, sebanyak 111,734 kenderaan telah direkodkan.

Pada 9 Mei pula, sebanyak 97,323 kenderaan bergerak dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang.

Pada hari terakhir kebenaran pergerakan rentas negeri di Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu, sebanyak 138,678 kenderaan telah direkodkan. -BH

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares