Juve cantas gaji kecuali Ronaldo

Estimate Reading Time: < 1 minute

ITALI: Cristiano Ronaldo tidak akan berdepan pemotongan gaji walapun Juventus menjadi kelab pertama melaksanakan had siling gaji.

-Advertisement-

Juara Serie A itu berharap dapat menjimatkan kos susulan impak buruk ke atas kewangan daripada pandemik COVID-19.

Antara langkah diambil ialah memastikan bermula musim depan, mereka hanya memberikan kontrak bernilai maksimum 151,000 pound (RM804,242) seminggu.

Langkah ini akan memberi kesan besar kepada polisi pasaran perpindahan mereka, selepas berbelanja mewah membawa masuk nama-nama besar sebelum ini.

-Advertisement-

Bintang-bintang seperti Paulo Dybala, Aaron Ramsey, Gonzalo Higuain dan Adrien Rabiot semuanya dibayar melebihi had yang bakal ditetapkan – tetapi tidak akan menjejaskan kontrak mereka ketika ini.

Terdapat desas-desus yang mengatakan peraturan baharu itu tidak akan dilaksanakan terhadap Ronaldo – yang mempunyai baki kontrak dua tahun bersama kelab itu.

Bintang skuad utama Juve bersetuju dengan penangguhan pembayaran sebahagian gaji selama empat bulan sejak Mac, yang akan menjimatkan sekitar 80 juta pound (RM425.85 juta) sehingga Ogos.

Jumlah ini bagaimanapun akan dibayar semula kepada pemain-pemain pada masa akan datang. – AGENSI

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share