Malaysia di Tangga Ke-2 Negara Rasis – Index Mundi

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA, 13 Mei 2020 (The Capital Post) – Portal data IndexMundi menyiarkan satu hasil kajian senarai negara yang tinggi perlakuan diskriminasi perkauman dimana negara Malaysia disenaraikan di tangga kedua.

-Advertisement-

Menurut hasil kajian tersebut, sebanyak 6.32 purata daripada 451 responden yang terdiri daripada rakyat Malaysia telah memberi maklumbalas wujudnya diskriminasi perkauman di Malaysia dalam kajian tersebut manakala Afrika Selatan menduduki tempat pertama dengan purata 6.86 daripada 486 respondan dari negara tersebut dan diikuti oleh negara Guatemala pada tempat ketiga dan Peru ditempat ke empat

-Advertisement-

Sebanyak 76 negara terlibat dalam tinjauan yang diadakan oleh IndexMundi dalam mengukur peratusan isu perkauman wujud di negara tertentu sebagaimana yang dialami oleh rakyatnya dan hasil kajian ini disiarkan dalam laman rasmi mereka.

IndexMundi merupakan portal data yang mengumpulkan fakta dan statistik dari pelbagai sumber dan mengubahnya menjadi visual yang mudah digunakan. – The Capital Post

Hasil Kajian Index Mundi – Untuk senarai penuh layari https://www.indexmundi.com/surveys/results/8
Share this Article
  • 74
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    74
    Shares