Ribuan sekolah kembali dibuka di Perancis

Estimate Reading Time: < 1 minute

PARIS: Ribuan sekolah yang selama ini ditutup akibat pandemik COVID-19 kembali dibuka, Selasa, susulan keputusan kerajaan melonggarkan perintah berkurung, walaupun ramai yang khuatir dengan kemunculan gelombang kedua.

-Advertisement-

Menurut perangkaan rasmi, terdapat 348 kematian baharu akibat COVID-19 direkodkan Selasa, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang meninggal dunia kepada 26,991.

Sekolah rendah dan pusat jagaan kanak-kanak kembali dibuka, dengan guru memakai topeng muka, manakala kerusi kanak-kanak dan pelajar dijarakkan, untuk mengelak sebarang jangkitan.

Pengetua pusat jagaan kanak-kanak di Rennes, barat daya Perancis, Gregory Bouvier menganggap keadaan ini amat luar biasa.

“Ia bukan tradisi sekolah ini untuk mengasingkan pelajar antara satu sama lain dan tidak boleh berkongsi barangan,” katanya.

-Advertisement-

Menteri Pendidikan, Jean-Michel Blanquer mengalu-alukan pembukaan itu, yang akan dilakukan di seluruh negara, termasuk Paris, esok, sebelum sebahagian sekolah menengah kembali memulakan pembelajaran minggu depan.

Bagi mengurangkan kebimbangan ibu bapa, kerajaan memberi pilihan, sama ada mahu membenarkan anak kembali ke sekolah atau kekal menjalani perintah berkurung di kediaman masing-masing.

Keputusan membuka semula sekolah itu mendapat kritikan kesatuan pekerja, yang menyifatkan ia sebagai terlalu awal.

Ia turut dipersoalkan beberapa pakar sains dan timbalan menteri parlimen.

Perancis mula melonggarkan perintah berkurung sejak Isnin lalu, dengan orang ramai dibenarkan untuk menjalankan pelbagai aktiviti, selepas hampir lapan minggu terkurung di dalam rumah. – AFP

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share