Tokong terbakar, lelaki rentung

Estimate Reading Time: < 1 minute

BERUAS: Seorang lelaki pengutip besi ditemui rentung dalam kebakaran sebuah tokong di Jalan Baru, Ayer Tawar di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Nor Omar Sappi berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.00 pagi, mangsa yang berumur 48 tahun itu, ditemui rentung di ruang tengah tokong itu manakala adik lelakinya dapat menyelamatkan diri.

“Mangsa tinggal di tokong itu bersama adik lelakinya yang berumur 47 tahun dan semasa kejadian mereka sedang tidur, namun adik mangsa berjaya keluar dan menyelamatkan diri.

-Advertisement-

-Advertisement-

“Kejadian itu menyebabkan tokong terbakar hampir 50 peratus. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Nor Omar berkata, punca kebakaran masih disiasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

– BERNAMA

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share