Bahan kimia tumpah atas jalan raya

Estimate Reading Time: < 1 minute

ISKANDAR PUTERI: Beberapa tangki mengandungi kimia yang dibawa sebuah lori kontena terjatuh lalu tumpah di Lebuhraya Link Kedua berhampiran susur masuk ke Kota Iskandar di sini semalam.

-Advertisement-

Dalam kejadian pada jam 3.55 petang itu, lori berkenaan dikatakan hilang imbangan sebelum tangki-tangki itu yang membawa bahan kimia terjatuh.

-Advertisement-

Keadaan tersebut membuatkan bahan kimia berkenaan membasahi permukaan jalan dan tangki-tangki menghadang laluan sekali gus mengakibatkan susur masuk berkenaan terputus hubungan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Penolong Penguasa Bomba Shamsul Khomari Bakar berkata, seramai 11 anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian. 

Beberapa tangki yang membawa bahan kimia terjatuh dan tumpah atas permukaan jalan di Lebuhraya Link Kedua berhampiran susur masuk ke Kota Iskandar, Iskandar Puteri hari ini.

Beberapa tangki yang membawa bahan kimia terjatuh dan tumpah atas permukaan jalan di Lebuhraya Link Kedua berhampiran susur masuk ke Kota Iskandar, Iskandar Puteri hari ini.

 

“Tumpahan bahan kimia itu jenis SpVersathixMbal-LqUN 3082 dengan tangki berkeluasan 10×60 kaki. Operasi membersihkan tumpahan tersebut dilakukan dengan menggunakan habuk kayu.

“Pihak bomba juga menggunakan teknik satu aliran dan menggunakan air tangki dari pam jentera FRT untuk membersihkan bahan kimia tersebut,” katanya dalam satu kenyataan..

Katanya, keadaan tersebut menyebabkan aliran trafik di susur masuk itu tergendala seketika namun operasi berjaya ditamatkan jam 5.02 petang.

Menurut beliau, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dan tindakan pantas pihak bomba berjaya mengawal situasi tersebut. -BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share