Dakwaan pelajar kembali ke sekolah tahun depan tidak benar

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Dakwaan murid sekolah rendah dan pelajar tingkatan 1 hingga 4 hanya akan memulakan sesi persekolahan pada 2021 adalah tidak benar.

Menjelaskan perkara itu, Pasukan Tindak Balas Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) berkata Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan kenyataan rasmi, sekiranya ada sebarang makluman berkaitan tarikh pembukaan sekolah.

-Advertisement-

“KPM menafikan kenyataan sekolah akan dibuka hanya bagi pelajar Tingkatan Lima dan Enam pada 2020, manakala pelajar dan murid lain akan memulakan sesi persekolahan pada 2021 seperti yang tular di media sosial.

-Advertisement-

“KPM akan mengeluarkan kenyataan rasmi sekiranya terdapat sebarang pemakluman berkaitan tarikh pembukaan sekolah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam kenyataan sama, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Mohd Faizal Abdul Manap, menafikan wujud kes positif COVID-19 baharu di kawasan Pasar Awam Kuala Pilah dan mempunyai kaitan dengan kilang ayam di Pedas, Rembau.

Beliau menjelaskan kes positif terbaru wabak berkenaan di Kuala Pilah pada 11 Mei lalu membabitkan seorang rakyat tempatan yang bekerja di sektor pembinaan.

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share