Sultan Nazrin perkenan solat Jumaat di Perak mulai esok

Estimate Reading Time: < 1 minute

IPOH: Sultan Nazrin beri perkenan solat Jumaat di masjid dan surau diadakan di Perak mulai esok, menurut kenyataan Majlis Agama Islam Perak (MAIPk)

-Advertisement-

Menurut kenyataan itu lagi, solat sunat Aidilfitri boleh diadakan di masjid dan surau pada pagi Aidilfitri.

Katanya, bilangan jemaah solat Jumaat dan solat Aidilfitri di masjid, surau tidak lebih 12 orang.

Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ) turut membenarkan hanya 12 orang menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau yang diberi kebenaran melaksanakannya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), bermula esok.

-Advertisement-

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Tosrin Jarvanthi, berkata 12 orang terbabit ialah imam satu, imam dua, bilal, noja dengan lapan ahli jawatankuasa.

Bagaimanapun, beliau berkata, mereka tetap perlu mematuhi garis panduan disediakan JAINJ dan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Begitu juga dengan pelaksanaan solat sunat Aidilfitri yang hanya boleh dilaksanakan 12 jemaah sama seperti solat Jumaat.

– BERNAMA

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share