36 ADUN Kedah akan menghadap Sultan hari ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

ALOR SETAR, 15 Mei 2020 (The Capital Post) – Sultan Kedah, Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dijangka bertemu dengan semua 36 ADUN negeri Kedah hari ini, berikutan perkembangan politik terkini di negeri tersebut.

Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah kembali ke negeri ini dari Kuala Lumpur semalam tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim sekitar jam 11.45 pagi, diiringi oleh Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff.

-Advertisement-

Tuanku disambut setibanya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, setiausaha kerajaan negeri, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim dan mufti negeri, Datuk Fadzil Awang.

Rabu lepas, tiga presiden parti dari Perikatan bertemu dengan Raja negeri untuk menyerahkan 23 pernyataan berkanun (SD) dari ADUN Kedah, yang mencadangkan calon baru untuk jawatan menteri besar Kedah.

-Advertisement-

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, SD itu diserahkan ketika presiden Umno, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia bertemu Sultan Sallehuddin di Kuala Lumpur.

Pada hari Selasa, dua ADUN dari PKR – Azman Nasrudin (Lunas) dan Dr Robert Ling (Sidam) – keluar dari parti itu dan menyatakan sokongan mereka terhadap Perikatan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada hari yang sama, Ketua Pembangkang Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan 23 daripada 36 ADUN Kedah telah hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Mukhriz.

YB Muhammad Sanusi dari ADUN Jeneri yang timbalan pesuruhjaya PAS Kedah, dijangka akan menggantikan Datuk Seri Mukhriz sebagai Menteri Besar Baharu Kedah ke 14. – The Capital Post

Share this Article
  • 8
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    8
    Shares