COVID-19: 88 kes pulih, 36 kes baharu

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Sebanyak 88 kes dilaporkan pulih sepenuhnya daripada wabak COVID-19 hari ini, bagi menjadikan jumlah kumulatif kepada 5,439 kes.

-Advertisement-

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sehingga jam 12 tengah hari tadi, berlaku pertambahan 36 kes baharu dan daripada jumlah itu, sebanyak 28 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara.

-Advertisement-

Katanya, pertambahan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 6,855 kes dan 1,304 kes masih aktif.

Dr Noor Hisham berkata, tiada kematian dilaporkan hari ini dan jumlahnya kekal 112 kes.

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share